DASAR PRIVASI


Hakcipta, Penafian, Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan

HAKCIPTA

Hakcipta © 2025 Next Generation MERS 999

Semua aspek berkenaan Portal e-Learning Next Generation MERS 999 iaitu rekabentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian, kod sumber dan aspek-aspek lain – adalah hakcipta © 2025 Next Generation MERS 999 dan sekutunya atau penyedia kandungan dan teknologinya.

PENAFIAN

Next Generation MERS 999 tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam halaman ini.

DASAR PRIVASI

Privasi Anda

Data peribadi anda hanya akan digunakan untuk tujuan pembelajaran dalam modul Portal e-Learning Next Generation MERS 999 dan tidak akan dikongsi atau digunakan oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran rasmi daripada Kementerian Komunikasi dan TM Technology Services Sdn. Bhd.

Pengumpulan Maklumat Peribadi

Portal e-Learning Next Generation MERS 999 mengumpulkan maklumat peribadi yang anda berikan semasa mengakses Portal e-Learning. Maklumat yang dikumpulkan termasuk, tetapi tidak terhad kepada;

  • Nama penuh
  • Nombor MyKad
  • Alamat emel
  • Nama organisasi

Selain maklumat peribadi, Portal e-Learning Next Generation MERS 999 juga mungkin mengumpulkan data tambahan bagi meningkatkan keselamatan, pengalaman pengguna, dan kefungsian portal. Maklumat ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  •        Maklumat log masuk – seperti nama pengguna dan kata laluan untuk pengesahan dan akses ke akaun.
  •      Data teknikal – termasuk alamat IP, jenis pelayar web, sistem operasi, dan maklumat peranti yang digunakan.
  •      Data interaksi – seperti tarikh, masa, serta aktiviti yang dilakukan dalam portal bagi tujuan analisis dan penambahbaikanperkhidmatan.

Segala maklumat yang dikumpulkan akan dikendalikan dengan selamat serta digunakan mengikut dasar privasi yang ditetapkan.

 

Penggunaan Maklumat Peribadi

Maklumat anda digunakan untuk tujuan berikut:

  • Menyediakan akses kepada kursus, panduan, dan bahan pembelajaran lain.
  • Menghantar pemberitahuan berkaitan portal, seperti kemas kini atau masalah teknikal.
  • Memantau penggunaan portal bagi menambah baik kualiti perkhidmatan yang disediakan.
  • Mengakses senarai kursus yang telah anda lengkapkan bagi memenuhi keperluan atau permintaan Ketua Jabatan Agensi Kecemasan masing-masing, termasuk untuk tujuan analisis statistik dan laporan

Portal e-Learning Next Generation MERS 999 tidak akan menggunakan maklumat anda untuk tujuan lain tanpa persetujuan anda.

 

Penyimpanan dan Perlindungan Data

Maklumat peribadi anda disimpan dengan selamat dalam pangkalan data Next Generation MERS 999 bagi memastikan perlindungan dan kerahsiaan anda.
Langkah-langkah keselamatan termasuk:

  • Perlindungan kata laluan pada akaun pengguna.
  • Enkripsi data sensitif.
  • Akses terhad kepada kakitangan yang diberi kuasa sahaja.

Data anda akan disimpan selagi diperlukan untuk tujuan yang dinyatakan, atau sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang.

Perubahan kepada Dasar Privasi

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini dan akan berkuat kuasa sebaik sahaja disiarkan.

DASAR KESELAMATAN

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Dengan menggunakan Portal e-Learning Next Generation MERS 999, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Dasar Privasi ini.